Chapter 896 - Perangkap (7)

"Biadap!" Ekspresi Maharaja berubah lalu dia menengking, "Cik Yun datang untuk merawat Permaisuri dan Anakanda pula datang memfitnah dia?"

Kening tajam Jiang Mengyao berkerut dan perasaan kejinya bersinar dalam matanya. "Ayahanda, Anakanda bukan memandang rendah terhadapnya. Akan tetapi, Ayahanda sudah sedia maklum akan bakat Anakanda dan Yun Luofeng itu lebih muda berbanding Anakanda. Tiada golongan muda dalam Kerajaan Tianyun ini yang dapat menandingi Anakanda, jadi Ayahanda benar-benar fikir Yun Luofeng mampu menyembuhkan Baginda Permaisuri?"

Ketika itu, seorang pembantu istana datang dari belakang sambil membawa semangkuk ubat.

"Biar saya yang buat," Jian Chengwen terus mengambil ubat itu, "Luofeng Kecil yang minta saya sediakan ubat ini. Saya akan bawa ubat ini kepadanya sekarang." Selepas berkata begitu, Jian Chengwen membuka pintu lalu masuk ke dalam kamar.

"Kakanda!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag