Lelaki itu menyepetkan matanya dan ketawa dingin. "Saya dan Isteri Agung Tong membesar bersama-sama tapi dia mati disebabkan pasangan penipu itu dan sebab itulah saya benci mereka! Terlalu benci sehinggakan saya mahu buat hidup mereka sama seperti mati! Kebelakangan ini, pasti Maharaja anjing itu pasti berduka melihat Permaisuri tidak sedarkan diri, tapi inilah yang saya rasa dulu!"
"Dulu saya tiada kekuatan untuk bawa orang kesayangan saya keluar dari istana! Mungkin Tuhan telah mengasihani saya dan memberikan saya peluang untuk mendapatkan kekuatan yang hebat."
"Kalau bukan disebabkan saya takut kepada orang tua bangsat dalam Keluarga Diraja itu, saya pasti sudah culik dan seksa pasangan jahanam itu! Malangnya, saya tidak mampu buat apa-apa disebabkan orang tua bangsat itu terlalu kuat! Baru-baru ini, saya dengar ada timbul masalah yang memaksa orang tua bangsat itu keluar dari Kota Diraja! Hahaha! Pemergiannya itu akan jadi penyebab Kota Diraja ini hancur!"