Chapter 892 - Perangkap (3)

"Tuanku," Jiang Chengwen berfikir seketika sebelum berkata, "Patik rasa Gundik Shu tidak mampu meracun Permaisuri sendirinya. Pasti ada orang lain yang mengarahkan dia! Tapi siapa pun orang itu, patik tidak akan biar dia terlepas!"

Tiba-tiba, aura membunuh terkeluar dan menyelubungi seluruh bilik bacaan itu.

"Sebenarnya, mudah sahaja dedahkan perangai sebenar Gundik Shu dan pancing orang yang arahkan dia itu keluar." Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya. "Dia mahu perangkap saya? Baiklah, saya akan puaskan keinginannya itu."

Maharaja dan Jian Chengwen terpegun dan memandang bingung pada Yun Luofeng.

"Maksud kamu…"

Yun Luofeng tersenyum. "Tuanku Maharaja, tolong beritahu Keluarga Ye yang kamu seru saya ke Istana Diraja untuk merawat Permaisuri, titahkan juga supaya Ye Jingxuan turut hadir bersama saya. Saya akan selesaikan hal ini sekali sapu!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag