"Apa yang kamu lakukan ini?!"
Ye Jingxuan tersedar dari kejutan itu lalu menjegil Yun Luofeng dengan mata yang seakan mampu membunuh Yun Luofeng.
Yun Luofeng menjeling licik ke arah Ye Jingxuan. "Kalau kamu tidak mahu kami hadir, maka… sesiapa pun tidak boleh."
Ya, itu cara Yun Luofeng. Orang rosakkan masa makan malamnya? Tidak mengapa, sesiapapun tidak dibenarkan menikmati masa makan malam mereka!
"Biadap sungguh perempuan ini!" Jiang Mengyao lap mulutnya menggunakan sapu tangannya, lalu menjeling Yun Luofeng penuh rasa keji. "Pembantu keluarga diraja sahaja ada adab dan perilaku yang lebih baik berbanding kamu! Lagipun, apa yang Pak Cik Ye katakan tadi memang benar! Pembantu saya lebih layak duduk di kerusi berbanding kamu!"