Ye Jingchen ketawa, "Kami pasti akan datang!"
Ye Jingchen ingin lihat apa kejutan yang adiknya akan sediakan untuk mereka nanti!
…
Malam gelap setenang air.
Terang dengan cahaya, Kediaman Keluarga Ye kelihatan sangat riuh, pembantu suruhan sibuk ke sana sini.
Sebaik sahaja Yun Luofeng dan keluarganya masuk ke dewan jamuan, mereka dengar suara orang memuji dari dalam.
Jiang Mengyao duduk di sebelah Ye Tianwen, tersenyum mesra kepada orang-orang yang memuji dia. Tetapi senyuman itu terus hilang dan wajahnya muram menjeling ke arah enam orang yang muncul di pintu dewan itu.
"Adik, sepertinya di sini tidak cukup kerusi." Ye Jingchen memerhati dewan itu, wajah menjadi bengis lalu bertanya, "Kami semua ada enam orang. Jadi kenapa cuma ada empat kerusi sahaja?"