"Saya masih lagi ingat waktu pergi ke Kediaman Yun bersama dengan Saudara Yun Yang untuk jumpa kamu. Tidak sangka selepas sepuluh tahun, budak kecil yang dulu cuma sebesar kuih pau sekarang sudah begitu besar. Oh ya, di mana ibu dan ayah kamu? Sudah terlalu kami tidak berjumpa, apa khabar mereka?"
Jian Chengwen mengusap kepala Yun Luofeng dan matanya tidak lagi tegas dan megah tetapi sebaliknya penuh kemesraan.
Dalam dunia ini, cuma ada seorang sahaja yang dia anggap sahabat karib! Mereka bernasib baik kerana tidak bertembung dengan satwa rohani yang ganas ketika berada di dalam Hutan Tiada Kembali. Dia sudah tidak berani masuk ke dalam hutan itu sekiranya dia disuruh masuk ke sana sekali lagi. Bagaimanapun, disebabkan itu dia tidak dapat cari sahabat karibnya di Benua Longxiao selama ini.
"Kamu… Pak Cik Jian?"