Semua Tuan Tua itu menjadi gagap dan tidak menyangka mereka tidak mampu memikirkan ayat untuk membangkang.
Tuan Tua Ye Xiang perlahan berdiri. "Kalau orang biasa dapat tahu Keluarga Ye menghentam dan menghina seorang perempuan dari semua sudut, kamu rasa bagaimana pandangan mereka terhadap kita nanti?"
Nada suaranya tenang dan dingin seperti biasa, matanya pula langsung tiada emosi. Akan tetapi, suaranya bagaikan bunyi guruh, berdentum di dalam hati semua Tuan Tua itu.
"Tiga hari lagi, ujian darah akan dijalankan. Sebelum itu, saya tidak mahu ada apa-apa kekecohan lain." Setelah berkata begitu, Tuan Tua Ye Xiang melibas lengan bajunya lalu melangkah keluar dari dewan itu.
Setelah dia pergi, Tuan Tua yang lain juga bersurau dan tidak lama kemudian, hanya Ye Jingxuan dan anaknya sahaja yang berada di dalam dewan itu.
"Ayah!" Ye Tianlin berkata dengan marah, "Saya pasti kejadian saya menampar muka saya sendiri ini adalah muslihat Yun Luofeng."