Oleh itu, semua orang yang ada di situ sangat terkejut kerana tidak faham apa yang sahaja terjadi. 'Ye Tianlin yang tadi bukan main bongkak, sekarang menghukum dirinya untuk meminta maaf?'
Suasana di jalan itu sangat sunyi sehinggakan bunyi Ye Tianlin menampar mukanya sendiri dapat didengar dengan sangat jelas. Akhirnya, pipinya menjadi kebas tetapi dia tidak mampu hentikan tangannya daripada terus menamparnya…
Dia masih kekal berdiri tetapi selepas tamparan yang terakhir, tubuhnya menjadi lemah dan rebah ke tanah.
"Tuan Muda Lin." Pengawal-pengawal terus bangun cuba untuk menyambut Ye Tianlin. Namun, sebaik sahaja mereka mendekatinya, mereka terus terlempar ditampar oleh Ye Tianlin sambil dia menengking. "Apa yang kamu semua buat tadi? Kenapa kamu tidak halang saya?"