"Kamu yang langgar orang tua ini sampai dia tidak sedarkan diri. Tapi kamu bukan sahaja tidak meminta maaf, malah kamu beri alasan begitu. Mana adab kamu?"
Wajah Huohuo memerah dan dia hampir mengamuk, tetapi Yun Luofeng tahan dia sambil tersenyum malas.
"Kamu percaya tidak kalau saya cakap saya boleh buat orang tua ini sedarkan diri?"
Pengawal itu mendengus. Walaupun dia tidak berkata apa-apa, wajahnya jelas berkata dia tidak percaya.
"Huohuo, ke tepi." Setelah berkata begini, Yun Luofeng terus mendekati orang tua yang terbaring di lantai itu.
"Berhenti!" Wajah dua orang pengawal itu terus berubah dan mereka hendak menyerang Yun Luofeng, tetapi lelaki dingin yang dari tadi berdiam diri tiba-tiba bertindak.