Melihat wajah terkejut Ye Jingxuan, lelaki tua itu tersenyum perit kerana begitulah juga gayanya ketika ayahnya sendiri yang beritahu dia tentang ini. Bagaimanapun, ajaran nenek moyangnya tidak boleh dilanggar, jadi dia hanya mampu terima kenyataan.
"Ayah, saya faham." Ye Jingxuan tersedar daripada lamunannya lalu berkata, "Saya akan hantar orang untuk cari rubah itu!"
Mendengar jawapan itu, lelaki tua itu pun mengangguk berpuas hati. "Ayah tidak dapat berevolusi sepanjang berada dalam pengasingan ini, jadi Ayah akan sambung untuk beberapa hari lagi! Xuan'er, walaupun kamu dan Chen'er berlainan ibu, kamu tetap adik beradik. Ayah harap kamu saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain, kamu faham?"