Berdepan dengan lelaki tampan itu, Yun Luofeng mengangguk. "Sebab itulah saya cakap Cecair Pengumpul Roh tidak akan muncul lagi kalau Syarikat Perniagaan Keluarga Ye bertukar pemilik."
Ye Jingchen tergamam. Rupa-rupanya pembekal Cecair Pengumpul Roh adalah Yun Luofeng? Lebih kelakar lagi apabila adiknya cuba merampas syarikat perniagaannya.
Berbeza dengan Ye Jingchen, Jun Fengling kekal tenang. Dia tepuk bahu Yun Luofeng dan hendak mengatakan sesuatu, tetapi akhirnya yang keluar hanya bunyi mengeluh.
"Anak menantu Ibu sememangnya hebat dan sentiasa mengagumkan saya Ibu. Feng'er, Ibu bangga dengan kamu."
Jun Fengling berasa sangat bangga. Memang benar juga, siapa lagi yang boleh dapat anak menantu yang hebat seperti Yun Luofeng? Nampaknya cita rasa anaknya memang sangat tinggi. Bukan macam adik Ye Jingchen, Ye Jingxuan yang angkuh seperti merak hanya kerana anaknya berhubungan baik dengan seorang puteri.