Xue Rou'er memegang lengan baju seorang pengawal itu sambil merenung merayu.
Ketika itu, di mata dua orang pengawal itu, Xue Rou'er bagaikan jelmaan matahari, sinaran cahayanya menyentuh perasaan dan bergema di dalam jiwa mereka. Jadi bagaimana mereka hendak menolak permintaanya?
"Kamu jangan terlalu lama dan datang balik ke sini. Kami akan kunci pintu ini dan pura-pura kamu masih ada di dalam gedung ini. Saya juga akan beritahu kamu kawasan yang dironda. Kamu jangan pergi kawasan itu. Kalau Puan tahu, kita semua akan mati!"
Kegembiraan berkembang dalam hari Xue Rou'er, lalu dia cepat-cepat berkata, "Terima kasih, abang! Saya, Xue Rou'er, pasti tidak akan lupakan kebaikan kamu ini."
Setelah berkata begitu, dia cepat-cepat keluar dan memerhati sekeliling. Selepas melihat tiada orang yang menjaga dia, dia terus berjalan ke arah dewan utama.
…