Jun Fengling terpegun seketika sebelum menggeleng kepala. "Orang yang bawa Ibu pergi bukan dari Keluarga Ye. Ibu kenal Abang Ye selepas masuk ke dalam Hutan Tiada Kembali."
Selepas itu, Jun Fengling menoleh dan memandang Ye Jingchen sambil tersenyum dan matanya dipenuhi cinta. "Masa itu, lelaki misteri itu pergi selepas membawa Ibu pergi. Tidak lama kemudian Ibu dapat tahu perempuan dari Keluarga Xiao itu buang kamu ke dalam Hutan Tiada Kembali, jadi Ibu pergi ke sana mencari kamu! Tetapi tidak sangka bukan sahaja Ibu gagal cari kamu, Ibu juga tercedera teruk. Abang Ye selamatkan Ibu ketika dia lalu dan bawa Ibu pulang ke Keluarga Ye."
Jun Fengling tersenyum dan senyumannya sangat memukau.
"Xiao'er, Ibu tidak bersama kamu selama ini, tapi tahu serba sedikit tentang apa yang berlaku kepada Feng'er dan kamu. Ibu sangat berbangga ada anak dan anak menantu yang hebat."
Dia perlahan memegang tangan Yun Luofeng dan Yun Xiao lalu merapatkannya.