Kaki lelaki tua itu menjadi lemah dan dia pun rebah ke tanah dengan mata yang penuh kehampaan dan hatinya dipenuhi penyesalan. Jun Fengling adalah ahli Keluarga Ye dan tiada siapa yang akan meragui kata-katanya. Tidak akan ada lagi tempat untuknya sekiranya cerita tentang penipuannya ini tersebar.
"Sudah, berambus sekarang!" Jun Feng Ling menjerit kasar.
Lelaki tua itu terburu-buru bangun lalu berlari terhuyung hayang keluar dari Kediaman Ye kerana takut diseksa oleh Jun Fengling jika dia terus berada di situ.
Xue Rou'er melihat bayangan lelaki tua itu menghilang pergi. Dia tergamam dan tidak sedarkan diri seketika kerana tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.
"Xue Rou'er," Ye Qi menjerit marah, "kamu tidak ingin beri penjelasan kepada saya?"