"Ibu, begini ceritanya." Ye Ximo menjeling ke arah Ye Qi dan berkata, "Xue Rou'er berkenan dengan suami Cik Feng dan sengaja menghasut Ye Qi supaya membenci Cik Feng, sehinggakan Cik Feng dituduh telah mengarahkan Huohuo untuk menggoda saya. Selepas itu, Ibu dan Ayah sampai di sini…"
Jun Fengling dengar penjelasan Ye Ximo itu lalu tersentak dari lamunannya, matanya kelihatan bingung. "Cik Feng?"
"Ibu, biar saya perkenalkan dua orang kepada Ibu." Ye Ximo tersenyum. "Ini adalah dua orang sahabat baru saya. Namanya Feng Luoyun dan yang di sebelah pula adalah suaminya, Xiao Yun."
Pandangan Jun Fengling perlahan beralih daripada Ye Ximo ke arah Yun Luofeng lalu mengangkat keningnya sedikit. "Bukankah kamu kata nama kamu Lin Ruobai? Dan kamu pula…" dia menoleh ke arah Yun Xiao. "bukankah nama kamu Yun Mo?"
Ye Qi yang pada asalnya ingin merungut, tiba-tiba tergamam.
'Ibu kenal mereka?'