Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 803 - Jun Fengling Pulang Rumah (3)

Chapter 803 - Jun Fengling Pulang Rumah (3)

"Sebagai tetamu dalam Kediaman Ye, kamu mesti patuh kepada saya! Kalau kamu tidak minta maaf kepada Rou'er, saya akan halau kamu dari sini dan biar kamu tidur di tepi jalan!"

Ye Qi fikir Huohuo akan takut jika dia berkata begitu, tapi dia agak kecewa setelah melihat wajah Huohuo masih kekal selamba walaupun sudah diugut begitu. Ye Qi masih hendak sambung terus mencerca tetapi dia tiba-tiba terlihat beberapa orang datang dari laman belakang, lalu matanya langsung bersinar.

"Abang! Akhirnya Abang datang ke sini."

Mata Ye Qi sentiasa terkunci pada Ye Ximo. Dia langsung tidak memandang ke arah Yun Luofeng dan Yun Xiao yang datang sama-sama dengan Ye Ximo.

"Apa yang terjadi di sini?" tanya Ye Ximo dengan dingin dan wajah yang muram.

Ye Qi bermegah-megah memandang ke arah Huohuo.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag