Yun Luofeng berpeluk tubuh, dan bersandar malas pada badan Yun Xiao. Dia menaikkan keningnya sambil memandang Jin Ling yang wajahnya sedang tegang akibat marah.
"Yang patut pergi itu ialah kamu."
"Ho ho!" Jing Lin tertawa, matanya jelas menunjukkan dia sedang mengejek. "Saya tabib diraja, dan kamu pula cuma sampah yang semua orang benci. Sesiapa pun pasti tahu orang yang dimaksudkan oleh Tuan Tua Rong ialah kamu! Dan kamu dengan tidak malunya masih lagi berada di sini. Perangai kamu sama sahaja dengan datuk kamu! Dulu saya sudah berikan dia amaran, tabib diraja seperti kami tidak akan menghulurkan tangan untuk menyelamatkan Yun Qingya. Tapi akhirnya, dia dengan tidak malunya melutut dan merayu pada kami! Hmph! Dia fikir melutut itu akan membantu? Tidak! Walaupun dia bunuh diri di hadapan saya, saya tetap tidak akan membantu dia!"
Boleh dikatakan keadaan minda Yun Luofeng, pada mulanya, masih tenang dan bosan, tapi sekarang dadanya kembang kempis.
Hanya membayangkan datuknya melutut dalam keadaan terdesak ketika itu, hatinya sudah bergelora dengan kemarahan tidak terbatas! Bukan sahaja datuknya tidak menerima apa-apa bantuan, malah ditambah lagi dengan penghinaan!
Dapatkah anda membayangkan lelaki tua berambut putih melutut dalam keadaan tidak berdaya, dalam kedinginan yang menggigit demi menyelamatkan anaknya, dan orang-orang di sekelilingnya hanya mencemuh dan mengejeknya!
Ini sangat menyayat hati dan tragis.
Berbanding dengan penghinaan yang dia terima, orang tua itu lebih sedih dengan kecederaan anaknya yang parah! Jika bukan kerana Pak Cik Kedua bertuah dan terselamat, mungkin orang tua itu akan merasakan sekali lagi kesakitan melihat anaknya mati di depan mata!
Seluruh Pavilion Perubatan menjadi senyap dengan kata-kata Jing Lin itu.
Semua orang dapat merasakan ledakan suasana yang kejam, udara di sekeliling seakan membeku...
"Yun Xiao."
Suara Yun Luofeng perlahan bergema di tengah-tengah suasana kejam ini. "Kamu kata saya patut balas dendam sendiri! Hanya dengan membalas dendam sendiri barulah saya akan gembira!"
Sebentar tadi, tiada orang lain dapat merasakannya, tetapi Yun Luofeng jelas dapat mengesan niat membunuh dari Yun Xiao!
Dia cukup sedar yang Yun Xiao tanpa ragu memiliki niat untuk membunuh! Jika bukan kerana ayat Yun Luofeng tadi, kepala Jing Lin mungkin sudah terpisah dari badannya! Meskipun begitu, adakah ini sesuatu yang Yun Luofeng inginkan?
Tidak!
Ini sama sekali bukan hasil yang dia inginkan!
Jing Lin sangat sombong dengan kepakaran perubatannya sendiri! Hanya dengan menginjak kebanggaannya itu barulah dia akan mengalami derita yang berpanjangan!
"Jing Lin, kamu hanya berdiri dan membiarkan sahaja seseorang mati, dan itu bukan salah kamu! Tetapi kamu telah membantu Keluarga Mu, dan di situlah kesilapan kamu. Saya boleh maafkan kamu yang menyebabkan kematian sesorang tetapi tiada maaf bagi kamu kerana menyebelahi Keluarga Mu!"
Jelingan Yun Luofeng kelihatan mempesonakan sambil dia berjalan mendekati Jing Lin.
Jing Lin menyeringai, mendongak untuk memandang Yun Luofeng. Di saat pandangan mata mereka bertembung, ada bunyi dentuman kuat dalam mindanya, seolah-olah rohnya menerima pukulan yang kuat, dan seluruh badannya terus menggigil.
Pak!
Satu tamparan padu hinggap di muka Jing Lin. Suara yang menawan dan angkuh sampai ke telinganya.
"Tamparan ini kerana kamu menjadi ganti keluarga Mu untuk saya membalas dendam bagi pihak ibu bapa saya!"
Pak!
Dan satu lagi tamparan!
Minda Jing Lin berada dalam kejutan, sehingga dia tidak mampu bertindak balas.
"Tamparan ini bagi pihak Datuk saya! Kamu boleh menyaksikan kematian seseorang dan berdiam diri, tapi kamu tiada hak untuk menghina seorang bapa tua yang merayu demi menyelamatkan anaknya!"
Pak!
Satu tamparan kuat hinggap sekali lagi. Jing Lin merasakan ada bintang emas berkilauan di depan matanya, dan dia hampir pitam.
"Nampaknya kamu juga fikir kamu telah bersalah, jadi kamu tidak mengelak! Oleh itu, saya akan hadiahkan kamu beberapa tamparan lagi."
Benarkah begitu?
Di mata semua orang, Jing Lin terlalu malu sehingga dia tidak mengelak tamparan Yun Luofeng. Namun, tiada siapa yang sedar rohnya juga sedang menerima hentaman yang sama ketika itu...