"Abang!"
Ye Qi menjegil dengan rasa tidak percaya dan suaranya agak bergetar. "Rou'er ini sahabat saya, bukankah keterlaluan Abang berkata begitu?"
'Keterlaluan?'
Mendengar perkataan itu, cemuhan pada wajah Ye Ximo semakin tampak. "Abang tidak suka Xue Rou'er dan Abang tidak mahu herba-herba Keluarga Ye jatuh ke tangannya, jadi apa yang kamu boleh lakukan?"
Kata-katanya itu sangat angkuh dan tegas! Saya tidak suka dia dan saya lebih sanggup rosakkan semua herba-herba ini daripada ia jatuh ke tangannya!
"Qiqi," Melihat pasangan adik beradik ini hendak bertengkar lagi, Xue Rou'er cepat-cepat tahan Ye Qi dan berkata dengan lembut, "Jangan bertengkar dengan Abang Ye. Ini semua salah saya dan saya tidak patut minta kamu hadiahkan saya ubat herba! Saya akan jual beberapa harta keluarga saya bila saya pulang nanti, mungkin saya boleh dapatkan duit yg cukup untuk beli seikat herba."