Sudah tentu, dengan nilai aset Yun Luofeng, dia mampu beli semua herba dalam kedai. Namun, disebabkan herba Yun Luofeng masih baru, herba rohani masih tidak setanding dengan herba yang sudah berusia ratusan tahun!
Meskipun begitu, sangat jarang orang ingin jual herba seratus tahun dan dalam kedai pun hanya ada sedikit!
"Di sini memang tiada rumah lelong, tapi ayah angkat saya ialah pemilik sebuah syarikat herba! Di sana, selain daripada urusan jual beli, kamu juga boleh tukarkan herba yang sama nilai!"
Mata Yun Luofeng jadi agak bersemangat. "Idea yang agak bagus! Abang Ye, nanti bawa kami ke syarikat itu!"
"Baiklah." Ye Ximo mengangguk dan berkata, "Memandangkan adik saya yang meminta, maka sebagai abang saya tidak boleh abaikan. Selepas kita selesai makan, saya akan terus bawa kamu ke sana!"