Ye Ximo memang ada sifat melindungi dan memandangkan Yun Luofeng panggil dia 'Abang Ye', dia akan anggap Yun Luofeng seperti adiknya sendiri. Mana mungkin dia biarkan orang menyusahkan dia?
Wajah Xue Rou'er semakin pucat dan badannya yang lemah telah merangsang naluri orang untuk melindunginya.
"Cik Feng, Tuan Muda Xiao, mari pergi." Ye Ximo menjeling memberi amaran ke arah Xue Rou'er. Sebelum berpaling, dia menoleh ke arah Ye Qi di sebelahnya. "Ye Qi, disebabkan kamu adik saya, saya ingatkan kamu sesuatu. Kamu patut buka mata luas-luas ketika memilih kawan, kalau tidak kamu akan menyesal selepas kamu dikhianati."
"Abang!" Ye Qi menghentak kaki, "Saya tidak akan benarkan Abang cakap Rou'er begitu.
Malangnya, Ye Ximo sudah tidak memandang Ye Qi dan sudah berjalan ke tingkat atas…
Ye Qi hendak mengejar dan beri penjelasam, tetapi Xue Rou'er tarik tangannya dan halang dia.