"Nasib baik saya sudah jumpa orang yang memegang Kod Dewa Perubatan." Huohuo meletakkan ekor-ekornya ke tepi dan berbisik perlahan.
Setelah jumpa orang yang memegang Kod Dewa Perubatan, dia tidak akan lagi dibuli sehingga dia tidak berani keluar ke dunia selama beratus tahun…
Keesokan harinya, di awal pagi.
Apabila Yun Luofeng membuka pintu, dia terlihat Ye Ximo dan Huohuo berdiri di luar. Dia mengangkat kening lalu bertanya, "Sudah masa untuk berangkat?"
Ye Ximo berdeham sebelum menjawab. "Ya. Kita sudah boleh dianggap berkenalan sekarang, tapi saya belum tahu nama kamu…"
Yun Luofeng mengerutkan keningnya. Dia tidak tahu apa-apa mengenai Ye Ximo selain daripada dia berasal dari Keluarga Ye! Oleh itu, Yun Luofeng diam berfikir seketika sebelum menjawab. "Feng Luoyun."
Dia hanya terbalikkan namanya daripada Yun Luofeng kepada Feng Luoyun!