Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 785 - Berangkat ke Kota Ye (5)

Chapter 785 - Berangkat ke Kota Ye (5)

"Saya sudah beri amaran kepadanya dan ia tidak akan ganggu kamu lagi."

"Saya tidak peduli!" Huohuo memuncungkan bibirnya. "Menyuruh saya tinggal dalam sini sama sahaja seperti melarang saya daripada hidup gembira sebab saya perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan serangan hendap raksasa itu! Kalau ikut dengan Tuan lebih baik dan lebih selamat."

Apabila Yun Luofeng melihat wajah Huohuo yang penuh simpati, dia akhirnya bersetuju. 

"Saya boleh benarkan kamu ikut saya, tapi kamu tidak boleh panggil saya Tuan dan dilarang mendedahkan identiti satwa rohani kamu!"

Di benua ini, 'tuan' adalah panggilan yang digunakan oleh satwa rohani kepada tuannya! Contohnya, Teh Susu dan puak hamster memanggil Yun Luofeng dengan panggilan 'tuan'. Manakala ahli-ahli kor pula panggil dia dengan panggilan Cik Sulung! Perbezaan di antara dua panggilan ini sangat jauh.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS