Orang-orang Keluarga Mu itu diketuai oleh seorang lelaki berwajah garang yang tiba-tiba mencucuk
"Semua orang dalam pasar gelap ini, dengar cakap saya! Serahkan semua bahan perubatan kamu kepada saya dan termasuk semua tabib-tabib di sini juga! Tiada yang terkecuali."
Mendengar ini, Yun Luofeng yang sedang memilih bahan-bahan perubatan di depan sebuah gerai tiba-tiba terdiam dan menjeling ke arah orang-orang Keluarga Mu itu, lalu dia naikkan sudut bibirnya.
"Adakah mereka… merompak?"
Pemilik gerai yang sedang menggigil itu menjawab, "Orang-orang Keluarga Mu asalnya penyamun dan mereka tubuhkan keluarga selepas mereka jadi kuat. Tidak hairanlah kalau mereka buat begini."
Yun Luofeng mengusap dagu, cahaya bahaya berkilau pada matanya.
"Merompak? Saya suka perkataan itu…"
Tetapi dia tidak suka dirompak!