Yun Luofeng menoleh pada Yun Xiao dan bertanya dengan senyuman, "Yun Xiao, saya belum tanya kamu. Bagaimana kamu tahu orang tadi bukan saya?"
"Saya dapat rasakannya."
Suara Yun Xiao kedengaran rendah dan serak. "Dia berikan perasaan yang berbeza daripada kamu…"
"Satu lagi, ketika Lin Ruoxin jerat saya, cuba untuk buat orang percaya saya cuba rogol seorang pemuda, kenapa kamu tetap percayakan saya?"
"Sebab…" Yun Xiao mendongak dan memandang tepat ke mata Yun Luofeng, "Saya tahu kamu tidak akan buat begitu."
Dia tidak akan peduli kalau orang lain tersalah faham tentang dia, asalkan Yun Xiao percayakan dia!
Fu Sheng tersentak dan dia mula hanyut dalam lamunan.
'Percaya?'
'Jadi mencintai seseorang bermaksud saya harus percayakan dia!'
Dia tinggalkan Tian Ya kerana dia tidak percaya Tian Ya dan telah dibutakan oleh apa yang dia lihat. Walaupun akhirnya dia tahu kebenarannya, dia tetap tidak boleh kembali ke masa lalu!