"Guru, biar saya bantu!"
Wajah Long Fei juga pucat. Namun ketika dia hendak maju, Fu Sheng angkat dan hentam dada Long Fei sambil menjerit. "Pergi!"
Bang!
Long Fei tercampak ke belakang dan dia hanya mampu melihat tiga orang itu ditelan oleh lohong hitam itu…
"Guru!"
Selepas beberapa ketika, raungan sayu dan pilu bergema ke atas langit dan burung-burung pun beterbangan…
Selepas tiga orang itu jatuh ke dalam lohong hitam itu, tanah yang tadi runtuh kembali rata seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku!
"Haha," Lelaki berjubah kelabu itu ketawa kejam. Dia terbaring lemah di atas tanah dan darah tidak berhenti mengalir dari mulutnya. "Ini pembalasan dendam saya untuk kamu!"
Api hijau gelap masih lagi membakar tubuhnya dan seolah-olah membakar nyawanya juga. Api hijau gelap itu seakan boleh berfikir dan tidak mencederakan Long Fei ketika dia berjalan di atasnya.