Malangnya, Jue Qian yang sangat berbakat dalam semua bidang ini sudah lama mati…
Memikirkan ini, Yun Luofeng berasa agak kesal.
"Memandangkan kurungan ini juga dicipta oleh Jue Qian, pasti ada cara untuk pecahkannya dalam buku ini!" Wajah Yun Luofeng kembali serius ketika dia mencari-cari dalam buku itu.
Masa terus berlalu dan gadis di bawah pokok itu terlalu tertumpu pada buku itu sehingga dia langsung tidak terkesan oleh suara-suara bising di sekelilingnya.
Tubuh Long Fei tidak lagi mampu bertahan dan darahnya bertumpahan di tanah. Seluruh lengannya terseliuh dan kelihatan seperti akan patah bila-bila masa sahaja…
Ketika Long Fei hendak terus menyerang penghalang itu, tiba-tiba dia terdengar suara dari belakangnya.
"Long Fei, Su Zheng, kamu berdua ke tepi!"
Tubuh Long Fei terus kaku sambil kepalanya berpaling ke arah Yun Luofeng. "Tuan…"