Dalam kalangan orang ramai itu, seseorang bertanya soalan yang semua orang fikirkan.
Mata Xiao Mo berkelip dan menuding jari ke arah beg besar yang digunakan untuk menyimpan khemah. "Saya terlalu malas berjalan, jadi saya tidak keluar dari dalam beg itu."
Sebenarnya, dia asalnya berada dalam Dunia Kod Dewa dan mendengar bagaimana orang-orang ini memfitnah Yun Luofeng, dia tidak tahan lalu keluar!
"Pak Cik ada satu lagi soalan. Pak Cik dengar ayah kamu kata… dia mahu ibu kamu rogol dia. Nampaknya ayah dan ibu kamu masih belum sempurnakan perkahwinan mereka, jadi bagaimana kamu boleh wujud?"
Xiao Mo buat muka hairan dan bertanya. "Apa itu sempurnakan perkahwinan? Makanan?"
"..."
Mulut lelaki itu menggerenyet dan terus bertanya, "Maksudnya ketika mereka tidur bersama dalam satu bilik, mereka ada bersentuhan? Seperti tubuh mereka tersimpul?"