Wajah Yun Luofeng menggelap. Walaupun lelaki ini mengatakan sesuatu yang memalukan, wajahnya selamba seolah-olah dia serius mengenainya.
Lin Ruoxin cuba bangun dengan menolak tubuh dari tanah, tetapi belum sempat dia berdiri, pandangan dingin Yun Xiao teralih padanya. Oleh itu, dia tidak berjaya berdiri kerana terasa beban yang berat di belakangnya, lalu dia melutut sekali lagi.
"Pemuda daripada kumpulan kami kata perempuan kamu cuba merogol dia tadi, kenapa kamu tidak marah?"
"Kenapa saya perlu marah?"
Ini boleh dianggap ayat pertama yang Yun Xiao katakan kepada Lin Ruoxin, tapi ia membuatkan hati Lin Ruoxin jatuh berkecai. 'Benarkah dia begitu mencintainya? Sehingga tidak dia tidak kisah perempuan itu ada hubungan dengan lelaki lain?'
Lin Ruoxin tidak tahu walaupun sedikit sebab kenapa Yun Xiao tidak marah bukan kerana dia baik hati, sebaliknya ada sebab lain.
Iaitu, kepercayaan!