"Betul, saya tidak mengharap mereka jadi mulia seperti Ketua Kota, tapi paling tidak mereka patut tunjuk rasa bersyukur apabila Ketua Kota telah begitu banyak berkorban! Tapi apa sikap ini? Bukan sahaja tidak berterima kasih, malah mereka tidak mengendahkan soalan Ketua Kota!"
Setiap semua orang itu melafazkan satu ayat, cukup untuk meluahkan rasa hina mereka terhadap Yun Luofeng dan yang lain. Long Fei sangat marah sehingga organ dalam tubuhnya menggigil. Matanya menjeling setiap orang yang mengejek dan mengukir wajah mereka ke dalam otaknya!
Dia akan seksa mereka apabila mereka masuk ke dalam Hutan Tiada Kembali!
"Benar sekali," Setelah mendengar suara-suara bengis itu, Yun Luofeng akhirnya bersuara, "Saya tidak semulia Ketua Kota sebab saya tidak pegang lukisan seorang wanita dan memiliki fantasi seksual terhadap lukisan itu."
Lin Yuan terpegun dan matanya jelas menunjukkan rasa malu.
'Dia tahu!'
'Bagaimana dia boleh tahu?'