"Begitukah?" Yun Luofeng tersenyum pudar.Β
"Ya, begitulah cara saya keluar masuk dengan selamat." Long Fei menjawab lemah sambil mengelap peluh yang tidak wujud di dahinya.
"Buat masa ini, saya tidak akan tanya lagi tentang ini, tetapi saya ingin tanya soalan lain. Siapa guru kamu?"
Yun Luofeng masih ingat Long Fei pergi ke Keluarga Tian dulu untuk melepaskan kemarahan gurunya. Bagaimanapun, kalau gurunya berasal dari Wilayah Tiada Kembali, kekuatan mereka pasti lebih kuat berbanding Keluarga Tian. Tetapi kenapa bukan gurunya sendiri yang pergi membalas dendam?
"Guru saya tidak benarkan saya untuk beritahu namanya."
Kelakar sungguh! Mana mungkin dia beritahu Yun Luofeng bahawa gurunya adalah orang yang Tian Ya cari-cari selama ini?