Ye Ximo sendiri tidak tahu mengapa dia begitu tidak suka kepada adik angkatnya itu, sampai ke tahap dia begitu jijik kepadanya!
Ye Ximo mengerutkan keningnya dan memandang Ye Qi. "Anak kandung Ibu sudah sampai di Wilayah Tiada Kembali. Abang ditugaskan untuk cari mereka."
"Adik nak ikut!" Ye Qi muncungkan bibirnya dan memandang Ye Ximo dengan wajah sedih. "Abang, boleh bawa Adik ikut cari mereka?"
"Tidak!" Ye Ximo menolak dengan kasar, langsung tidak memberi ruang untuk dibangkang.
"Tapi…" Ye Qi menggigit bibir.
Ye Qi juga tidak faham mengapa abang angkatnya yang biasanya bersikap baik terhadap perempuan itu sangat kejam terhadapnya.
"Tiada tapi! Memandangkan Ayah tidak benarkan kamu pergi, jadi kamu patut duduk diam di sini dan jangan timbulkan masalah buat saya."
Ye Qi termenung kosong. Dia ingin bercakap lagi tetapi Ye Ximo sudah melangkah keluar, meninggalkan dia sendiri di situ…
Hutan Tiada Kembali.