"Dalam kehidupan saya yang lalu, saya tidak tinggal dalam benua ini. Benua itu tiada tenaga rohani dan tiada siapa di sana yang bertapa! Meskipun begitu, dunia itu juga memiliki peraturan yang sama, yang kuat akan berkuasa! Di dunia itu, duit adalah segalanya!"
"Sepanjang saya berada dalam rumah anak yatim, kehidupan saya penuh dengan kesusahan dan penghinaan. Selepas beberapa kali berfikir, saya sedar yang berhati hati itu tidak berguna! Kekuatan yang menjadi bukti!" Sekali lagi, Yun Luofeng memandang Yun Xiao dan menyambung, "Jadi, dalam kehidupan ini, saya idamkan kekuatan lebih daripada sesiapa! Saya mahu kekuatan sebab saya mahu terus hidup!"
Dalam kehidupannya yang lalu, dia telah gunakan segala macam usaha untuk teruskan hidup. Namun, jika dia tidak berjumpa dengan cikgunya, dia mungkin akan terus hidup dalam kegelapan!