"Kamu boleh tanya pendapatnya sendiri kalau kamu mahu jadi gundiknya."
Melihat lelaki yang berjalan masuk ke dalam dewan itu, Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya dan tersenyum.
Puteri keenam itu tidak perasan akan kehadiran lelaki di belakangnya itu, dia menggigit bibir dan berkata, "Saya tidak tahu bila saya telah menyinggung dia sehingga membuat dia memalukan saya di khalayak ramai! Cik Yun, sebagai isterinya yang sah, kamu ada hak untuk ambil gundik untuk dia, jadi saya meminta Cik Yun untuk tunaikan permintaan saya."
Selepas puteri keenam berkata begini, dia tiba-tiba rasa aura yang dingin dari belakangnya lalu tubuhnya menggeletar.
"Benarkah?" Yun Luofeng perlahan mendekati puteri keenam. "Apa yang buat kamu percaya saya akan serahkan kekasih saya kepada kamu?"