Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 670 - Kamu Tidak akan Berpeluang untuk Menang

Chapter 670 - Kamu Tidak akan Berpeluang untuk Menang

"Kamu tidak akan berpeluang untuk menang." Yun Xiao perlahan mendekati Bai Su, pedang panjang muncul di tangannya entah dari mana dan bila. Bilah pedang itu mengeluarkan aura yang sangat dingin, membuatkan orang menggigil ketakutan.

"Maharaja Hantu," Bai Su tegakkan badannya dan bersandar malas pada batu besar di belakangnya sambil dia merenung mata Yun Xiao tanpa rasa takut, "kamu tidak boleh bunuh saya." Setelah mengesan keinginan membunuh yang teramat daripada Yun Xiao, nada suara Bai Su agak mencabar. "Saya akui saya tidak boleh kalahkan kamu, tetapi kamu juga tidak boleh bunuh saya! Kalau saya mahu larikan diri, kamu tidak akan mampu halang saya."

Langkah Yun Xiao terhenti, mata hitamnya merenung Bai Su dengan sangat dingin. Keinginan membunuhnya bertambah kuat, langsung tidak kurang sedikit pun.

"Saya tidak akan benarkan kamu membahayakan dia."

"Saya sudah cakap kamu tidak boleh bunuh saya," Bai Su ulang kata-katanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS