Yun Luofeng mengangkat kening dan memandang Xiao Mo sambil tersenyum. "Kamu rasa bagaimana?"
Kata-kata itu membuat ekspresi Xiao Mo semakin sedih dan pilu, matanya geram merenung Yun Luofeng. Jika orang yang tidak tahu apa-apa melihat situasi ini, mereka pasti akan fikir Yun Luofeng telah lakukan sesuatu yang kejam terhadap Xiao Mo.
"Ituβ¦" Xiao Mo berkata dengan nada kasihan, "...boleh Tuan beri saya masa setengah bulan? Tiga hari terlalu pendek."
Ketika itu, dia sudah membuat keputusan. Dia lebih sanggup menghafal isi kandungan buku itu tanpa satu pun kesilapan dalam masa setengah bulan, mana mungkin dia mahu jadi isteri kepada budak perempuan?
"Baiklah," Yun Luofeng kecilkan matanya dan berkata dengan senyuman licik, "kalau kamu tidak dapat menghafal buku ini dalam masa setengah bulan, saya akan terus kahwinkan kamu dengan Xiao Bai."