Di atas langit, seorang lelaki tersenyum tenang. Pandangan matanya beralih dari Lin Hao yang kelihatan menggila ke Yun Luofeng. Pandangan lelaki itu bertukar mesra, membuatkan Yun Luofeng rasa seperti dimandikan cahaya matahari.
"Xiao Feng'er, Pak Cik sudah pulang…"
Pak Cik sudah pulang…
Suara lelaki itu membuat Yun Luofeng sedikit terharu. Merenung lelaki yang berdiri di atas udara itu dengan penuh perasaan, Yun Luofeng bertanya, "Pak Cik Kedua, patutkah saya ucapkan tahniah kepada Pak Cik sebab sudah mencapai peringkat-langit?"
Terapung di atas udara, pertapa rohani peringkat-langit!
Hanya selepas mendengar kata-kata Yun Luofeng itu baru semua orang sedar. 'Yun Qingya dari Keluarga Yun telah jadi pertapa rohani peringkat-langit?'
Ekspresi wajah Lin Ge menjadi sangat hodoh sambil dia terundur beberapa langkah dan jatuh ke tanah. Wajah sangat pucat dan seperti sudah hilang harapan.