Sebaik sahaja Lin Hao cuba untuk bangun dari tanah, lelaki dingin berjubah hitam itu muncul di hadapannya. Lin Hao rasa aura kejam dari lelaki itu. Lelaki dingn itu pegang kolar baju Lin Hao dan menghempas dia ke tanah! Dengan bunyi yang kuat, lubang muncul di tanah. Kekuatan yang lelaki itu gunakan sangat jelas.
Di dalam lubang itu, Lin Hao tidak berhenti muntah darah. Dia memaksa tubuhnya, cuba untuk memanjat ke atas, tetapi setiap pergerakan tubuhnya membuat dia rasa sangat sakit, seolah-olah semua tulangnya telah hancur.
"Ayah, selamatkan saya…"
Suaranya menggigil dan merayu. Lin Ge terasa seperti ada tangan yang menggenggam hatinya.
"Cukup!" Lin Ge menggenggam penumbuknya dan memejamkan mata. Ketika dia buka semula matanya, kesungguhan dan muncul di dalamnya. "Kalau mahu belasah orang, belasah saya. Lin Hao tidak bersalah."