Selepas mendengar kata-kata Yun Luofeng, semua orang terperanjat dan mata mereka berkelip memandang Lin Yating.
"Cik Yun, kamu tidak salah cakap?" Lan Hong tersentak. Lalu dia berkata sambil tersenyum, "Saya rasa nama dia Guo, bukan Lin Yating. Satu lagi, kalau dia Lin Yating, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata memuji diri sendiri begini, bukankah itu terlalu menjijikkan?"
Lan Hong bukan cuba untuk mempertahankan Lin Yating. Setebal mana muka seorang perempuan itu jika dia memuji diri sendiri di depan seorang lelaki begini? Tidakkah dia rasa itu terlalu menjijikkan jika dia berbuat begitu?
"Yun Luofeng," Lin Yating menggigit bibirnya dan berkata, "jangan tuduh saya sembarangan! Saya bukan Senior Yating. Kamu cuma buat begini sebab kamu cemburu terhadap dia."