Mana mungkin Hu Po boleh tahu orang yang berdiri di depannya itu bukan Guo Fulan tetapi Lin Yating yang menyamar?
"Hu Po, saya mahu pergi ke Pertandingan Tabib dengan kamu."
Mata Lin Yating menggelap. "Yun Luofeng juga akan ke sana. Saya mahu gunakan peluang ini untuk pinjam kekuatan Maharaja Hantu untuk hapuskan dia."
"Tidak!" Ekspresi Hu Po berubah, "Pulang ke Persatuan Tabib sekarang juga. Saya tidak akan menurut permintaan kamu lagi!"
"Kamu fikir kamu ada peluang untuk mungkir janji?" Lin Yating berkata dengan senyuman licik, "Kalau kamu tidak bawa saya ke pertandingan itu, saya akan beritahu guru kamu yang kamu telah terima rasuah daripada Saudari Yating."
"Kamu…" Hu Po dengan marah menuding jari pada Lin Yating dan mula menggigil. Dia menyesal! Dia menyesal terima rasuah Lin Yating. Jika tidak, dia tidak akan mengalah begini.