Lin Yating mungkin tidak menyangka Yun Luofeng benarkan dia bergerak bebas dalam Persatuan Tabib kerana Yun Luofeng sudah hantar hamster kecil yang sangat hebat untuk memperhatikannya. Namun, disebabkan Teh Susu terburu-buru hendak melaporkan kepada Yun Luofeng, dia tidak dengar perbualan di antara Lin Yating dan Hu Po.
Jari Yun Luofeng perlahan mengetuk meja dan cahaya licik berkilau pada matanya, "Teruskan ikut Lin Yating. Kalau dia cuba untuk larikan diri, pukul dia sampai pengsan dan bawa dia balik! Sebelum Pak Cik Kedua datang, tiada seorang pun dari Kota Perubatan boleh hilang!"
"Baik, Tuan." Teh Susu patuh dan menyelit keluar dari lubang pintu itu.
"Sudah dua hari berlalu, jadi Yun Xiao patut sampai esok." Senyuman terukir di bibirnya.