"Tidak perlu," Qing Yan kuatkan diri untuk berdiri. "Ye Ling, kalau saya lemah sampai tahap kamu perlu gendong saya, apa hak saya untuk bertolak ke medan perang untuk Cik? Hari sudah lewat, mari teruskan."
Setelah berkata begini, dia pegang erat pedang di tangannya dan berancang untuk teruskan perjalanan. Namun, ketika itu, suara menyeringai tiba-tiba terdengar dan membuat semua orang berwaspada.
"Orang-orang Keluarga Yun? Saya tidak sangka saya begitu bertuah sehingga berjumpa dengan orang-orang Keluarga Yun dalam perjalanan kami! Memandangkan sudah begini, saya akan bunuh kamu dahulu, kemudian pergi ke Kediaman Yun untuk ganggu orang tua Keluarga Yun itu."
Sebaik sahaja suara itu selesai bercakap, ramai orang muncul dari udara dan turun mengepung mereka. Ketua mereka seorang lelaki pertengahan usia. Dia berpakaian terang, tetapi matanya seperti ulat berbisa yang dingin dan suram, membuatkan orang tidak tenang.