"Biar saya periksa keadaan mereka."
Lan Hong cepat-cepat berjalan ke arah pesakit, letakkan jari pada nadinya dan dia terpegun selepas rasa perubahan pada badan mereka. Melihat ini, tuan tua yang lain juga datang untuk memeriksa pesakit satu demi satu.
"Bagaimana? Bagaimana ini boleh berlak?" Luo Fu juga terkejut dengan diagnosisnya sendiri dan terundur beberapa langkah, wajahnya sangat pucat. "Ini mustahil! Bagaimana dengan pesakit lain? Biar saya periksa keadaan mereka!"
Memikirkan ini, Luo Fu menyiku seorang tuan tua dan mengambil kedudukannya.
Pada mulanya, Luo Fu hanya terkejut dan kemudian dia jadi terdesak. Dia sudah lihat pesakit-pesakit ini sebelum pertandingan bermula dan dia cukup tahu dengan keadaan mereka! Tetapi sekarang dia dapat rasa yang mereka semakin pulih.
'Adakah gadis ini benar-benar telah sembuhkan semua pesakit dalam masa yang begitu pendek?'
'Dan dia juga telah mendiagnosis penyakit mereka tanpa memeriksa nadi mereka!'