Wajah Lin Yating akhirnya berubah. Dia tidak lagi mampu kekalkan sikap anggun dan merenung dingin pada gadis di dataran itu dengan mata cantiknya, matanya berkilau dengan sinaran dingin.
"Yun Luofeng, saya janji!"
Tidak kira betapa hebat pun kebolehan perubatannya, ia tetap mustahil untuk Yun Luofeng sembuhkan begitu ramai pesakit dalam masa lima belas minit. Lagipun, walaupun dia berjaya, jadi apa? Dia tidak mampu berbuat apa-apa jika Lin Yating enggan berpegang pada janji! Terutama sekali, Persatuan Tabib tidak akan benarkan Kota Perubatan dihapuskan!
"Tok Ketua Rong, bantu saya." Yun Luofeng menoleh ke arah Tok Ketua Rong dan berkata dengan perlahan.
"Apa dia?" tanya Tok Ketua Rong sambil tersenyum.
"Saya akan tulis preskripsi sebentar lagi. Tolong rebus herba untuk saya dan pastikan siap dalam masa lima belas minit."
"Baiklah, tenang sahaja, saya akan buat seperti yang kamu arahkan."