Orang tua itu sangat bimbang memandang Yun Luofeng.
Tersedar orang tua itu risau tentang dia, Yun Luofeng terasa kehangatan menyentuh hatinya. Dia mengusap kepala Teh Susu dan tersenyum. "Teh Susu boleh lindungi saya."
Tok Ketua Rong menggeleng. "Apa yang hamster pencari emas ini boleh buat? Dia boleh lindungi kamu? Kamu telah pergi ke Kediaman Tuan Kota Perubatan bersama dengan budak kecil dan seekor hamster pencari emas. Kalau Lin Ge bangsat itu ada di sana, kamu pasti sudah jatuh ke tangannya dan Tuan Tua Ning dan saya tidak akan sempat datang selamatkan kamu."
Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya. "Saya boleh uruskannya."
Mendengar kata-kata Yun Luofeng itu, Tok Ketua Rong merungut, "Ya'tou, tidak kira apa, jangan buat begitu lagi! Kalau tidak, kami akan risau tentang kamu setiap hari! Kalau kamu benar-benar mahu lakukan sesuatu terhadap Kota Perubatan, paling tidak beritahu kamu dahulu."