Di luar istana itu, ia adalah bahagian sebelah Pergunungan Bi'an yang lain. Yun Luofeng sendiri tidak menyangka mereka akan sampai di sana!
Setelah keluar dari istana itu, Yun Luofeng mengangkat kening dan berkata, "Sudah terlalu lama. Kita sudah berada di sini selama setahun, jadi kita akan balik ke Kota Huangquan sekarang dan bertolak pulang ke rumah."
…
Dalam taman ceri Keluarga Chen, irama merdu berbunyi, semerdu alunan arus air. Ketika ini, seorang lelaki sedang asyik bermain ziter dan tidak perasan kelibat putih yang tiba-tiba muncul di depannya.
Yun Luofeng senyap merenung lelaki di hadapannya itu. Walaupun rambutnya masih lagi putih seperti salju, dia kelihatan lebih sihat berbanding sebelumnya dan wajah tampannya tidak lagi pucat.
Klang!
Seakan terasa sesuatu, lelaki itu berhenti dan mendongak lalu terlihat Yun Luofeng berdiri di hadapannya. Dia terdiam seketika, keterujaan muncul dalam matanya.
"Kamu… sudah balik?"