"Saya perlu pergi ke Pergunungan Bi'an untuk cari ubat herba bernama 'Panduan Rohani' dan akan pulang ke Kota Huangquan selepas saya menjumpainya."
Lelaki itu diam seketika lalu berkata dengan lembut, "Baiklah, kalau begitu saya akan tunggu kamu di sini."
Yun Luofeng memandangnya. "Terima kasih… untuk apa yang kamu lakukan hari ini."
Kata-kata Chen Yuqing telah membuktikan yang dia tidak bersalah. Walaupun dia tidak perlu untuk buktikannya kepada sesiapa, dia tetap menghargai tindakan Chen Yuqing itu dalam hatinya.
"Kamu tidak perlu berterima kasih kepada saya," Lelaki itu tertawa kecil. "Kalau bukan disebabkan kamu, saya mungkin sudah kehilangan nyawa saya! Jadi orang yang patut mengucapkan 'terima kasih' adalah saya! Kamu tenang sahaja ketika kamu jauh, saya akan sokong Kumpulan Bintang Biduk dan jadikan mereka kuasa nombor satu Kota Huangquan."