Setelah memastikan semua orang diam, Murong Bei menoleh ke arah Yun Luofeng, matanya agak gelisah.
"Saya goda Chen Yuqing?" Yun Luofeng ketawa. "Walaupun saya buat begitu, saya tidak tidur dengan sepupu saya sendiri macam Tang Yue."
Tang Yue langsung pucat dan cemas memandang Yun Luofeng.
'Bagaimana… bagaimana dia boleh tahu tentang ini?'
"Mengarut!" Chen Tian mendengus dingin. "Yun Luofeng, Yue'er jaga dirinya bukan seperti kamu! Dia tidak akan lakukan sesuatu yang tidak senonoh sebelum berkahwin. Kamu yang telah melahirkan anak sebelum berkahwin. Jangan fikir semua orang sama tidak tahu malu seperti kamu."
Yun Luofeng menjeling Chen Tian dan berjalan ke arah Tang Ran yang terbaring di tanah. Dia memegang pedangnya dan melibasnya. Tang Ran mengerang kesakitan, wajahnya sangat pucat.
"Apa yang kamu mahu lakukan?" Melihat Yun Luofeng mendekatinya sambil memegang pedang, Tang Yue berundur cemas. "Guru, tolong saya!"
"Yun Luofeng, berhen…"