"Haha," Melihat Murong Bei yang sedang berjalan mendekatinya, Tang Tan menyeringai. "Saya sangka Kumpulan Bintang Biduk takut dan lari."
Murong Bei menjawab dengan seringai. "Saya tidak berapa sihat dan Ketua rawat saya. Sebab itu kamu lewat!"
Apa yang Murong Bei katakan itu benar! Disebabkan langkah terakhir rawatan itu terlalu sukar, mereka berjaga sepanjang malam untuk rawatan itu. Mereka baru sahaja selesai dengan rawatan itu dan dia sudah boleh menyerap tenaga rohani mulai sekarang.
Jadi mereka lewat!"
Tetapi orang lain tidak akan percaya kata-katanya itu dan akan fikir itu hanya alasan Murong Bei!
"Murong Bei, tidak kira apa yang berlaku, Kumpulan Bintang Biduk akan dihapuskan hari ini dan inilah akibatnya kamu serahkan Kumpulan Bintang Biduk kepada perempuan ini!"
Swish!
Selepas berkata begini, orang-orang di belakang Tang Ran menghunuskan pedang mereka dan sudah bersedia untuk bertarung dengan Kumpulan Bintang Biduk.