Teringat apa yang telah berlaku sebentar tadi, Tang Yue menjerit nyaring, "Ahhh!!"
Adakah… dia baru sahaja bersetubuh dengan Tianyu? Dan dia menikmatinya?
"Apa… apa yang sedang berlaku di sini?" Tianyu menggosok pelipisnya dan bertanya, tetapi selepas itu, bayangan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi muncul dalam mindanya. Dia jadi pucat dan cepat-cepat turun dari katil dan melutut kepada Tang Ran.
"Datuk, saya tidak tahu kenapa saya telah lakukan perbuatan menjijikkan itu. Saya seakan tidak mampu mengawal diri saya! Saya tidak berniat untuk buat begitu pada Yue'er…"
"Bangsat!"
Tang Yue mengambil bantal lalu memukul Tianyu sebelum menangis.
"Saya sangat baik kepada kamu. Sampai hati kamu buat begini terhadap saya! Tang Tianyu, pergi mampus!"
Chen Yuqing sangat takut dengan kekotoran. Jika dia tahu Tang Yue sudah tidur dengan lelaki lain, dia pasti tidak akan terima Tang Yue, yang mana Tang Yue tidak akan sanggup terima!