"Dia mahu saya mati bersama-sama dengan orang tua saya! Tapi ketika itu, saya kebetulan jauh dari Keluarga Chen untuk jalan suatu tugas. Tugas itu sangat penting, jadi saya tidak beritahu dia mengenainya! Itulah sebabnya saya terlepas daripada perangkapnya!"
Chen Yuqing telah dikhianati dan kehilangan orang yang dia sayangi! Lebih teruk lagi, orang yang khianati dia itu adalah orang yang paling dia percaya!
Teringat akan masa lalu yang tragis itu, Chen Yuqing tertunduk dan berkata dengan dingin, "Dia tidak lagi dapat terus meracun saya semenjak dia dihalau dari Keluarga Chen! Tapi sudah banyak racun terkumpul dalam badan saya! Jadi, walaupun dia sudah tiada, racun itu masih lagi memakan diri saya!"
Sudah tentu, kalau Chen Yuqing tidak dapat tahu tentang rancangan jahat itu, mungkin dia juga sudah mati beberapa tahun lalu! Yun Luofeng berasa simpati dan memandang kasihan padanya!